Kehidupan Suatu Pelayaran

“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan. Telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

Hakikat Syukur

Posted by layarkehidupan on January 17, 2010

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan telliti, kita akan dapati manuisa ini sedikit pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia diminta bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Kalau kedua-dua perkara ini manusia tidak mahu lakukan, ALLAH SWT ada berfirman di dalam Hadis Qudsi yang maksudnya:

” Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit ALLAH ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai 2 sifat atau 2 bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur dalam menerima nikmat.Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan. Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas nampak lebih senang dan mudah kerana hati manuisa berada dalam keadaan tenang dan gembira: tidak ada tekanan dan penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih senang daripada bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang bersyukur? Kenapakah orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya? Kenapakah ALLAH SWT berfirman dalam Al Quran yang bermaksud:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba:13)

Bersyukur ini sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang apabila mendapat nikmat, lantas mereka memujui ALLAH. Mereka mengucapkan Alhamdulillah. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan-tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan Alhamdulillah itu hanyalah untuk mempermain-mainkan atau mempersendakan ALLAH sahaja. Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji ALLAH dan mengucapkan Alhamdulillah. Di samping hati mereka merasakan ALLAHlah yang telah memberi mereka nikmat itu. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur ini di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua. Adapun syukur yang sebenar itu adalah bersyukur yang diucapkan oleh lidah, dirasakan atau ditasdiqkan dengan hati dan dilaksanakan dalam perbuatan. Disamping mengucapkan Alhamdulillah dan disamping merasakan di dalam hati bahawa ALLAH yang mengurniakan nikmat itu, nikmat itu juga mesti digunakan ke jalan ALLAH. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: