Kehidupan Suatu Pelayaran

“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan. Telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

Baitul Muslim: CINTA Di Dalam Cinta! A LOVE Within The Love Itself!

Posted by layarkehidupan on July 8, 2009

3385191764_18d6fd1583
Salam’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,

AlhamduliLLAHi ‘ala kulli haal,

Dan selawat dan salam ke atas junjungan mulia al-Rasul S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud “Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah ia pada separuh yang lain.” – Hadith riwayat Imam At-Thabrani.

Maafkan saya apabila saya buka topik ini. Saya bercerita tentang isu ini (kalau ia sesuai untuk disebut sebagai isu) kerana saya lihat bahawa pentingnya perancangan dalam membina rumahtangga yang baik di dalam rangka perjalanan kita ingin membentuk daulah Islamiyyah, seterusnya melihat bahawa Islam itu diangkat kembali menjadi guru dunia, yakni Ustaziatul ‘Alam. Saya bukanlah seorang yang arif lebih-lebih lagi berbicara bab rumahtangga dan pembinaannya ini, kerana saya sendiri pun hakikatnya belum berkeluarga – istilah lain – masih bujang.

Maka apa yang disampaikan di sini adalah sekadar pandangan dari diri yang dhaif ini dan juga berdasarkan pemahaman yang mungkin boleh dikatakan masih di tahap permukaan. Nak bercerita pun segan juga, memandangkan ada lagi pelajar-pelajar senior yang tidak terfikir langsung tentang hal berkahwin – takut orang kata saya beria-ia nak berkahwin pula (“,).
Membincangkan soal “mahu berumahtangga” ini, saya pasti ramai yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang pendekatan dan juga kaedah mencari pasangan serta merancang ke arah itu.

Kalau ditanya kepada satu kelompok, barangkali bercouple adalah satu alternatif untuk berta’aruf (berkenalan) dengan calon pilihan (ini tidak bermaksud saya iktiraf perkara couple-mouple ini). Pasangan itu perlulah mempunyai pekerjaan berpangkat tinggi, lelakinya pula mestilah handsome macam Shah Rukh Khan dan si dara pula mesti ada iras-iras Siti Nurhaliza atau Fasha Sandha. Kehidupan calon pula mestilah sudah di tahap well-established, kalau boleh biar ada banglo si lelaki bujangan itu barulah si calon mertua “sign kontrak” agreement jadi mertua.

Di sisi yang lain pula, ada yang memandang lebih kepada suatu pendekatan yang lebih murni dan lebih selamat, istilah orang – play safe -play safe yang baik dan sememangnya safe. Bagi saya (dan saya yakini), inlah jalan yang paling baik untuk diruntuni (betulkah ayat yang saya gunakan ini?). kaedahnya adalah menyampaikan hasrat melalui orang tengah kepada calon yang mahu dinikahi, kemudian diikat kedua-duanya sambil dikawal batasan hubungannya. Si calon dipilih bukanlah atas dasar berapa banyak ‘sen’ yang ada di dalam walletnya, bukan diukur pada BMW 7 series ataupun Mercedes E-class ataupun Proton Waja Limited Edition yang dimiliknya, bukan diukur pada handsomenya dia kerana memakai facial powder ataupun pembersih muka, bukan diukur pada tingginya pangkat beliau di dalam company ataupun berapa gaji sebulan (saya tidak nafikan, kadang-kadang ini juga memberikan sedikit saham ataupun added value kepada yang bakal jadi menantu). Apa yang menjadi dasar kepada pemilihan calon tersebut adalah kerana kefahamannya dalam berjuang untuk agama, kemampuannya untuk memimpin keluarganya dengan agama serta kemampuannya menjadi suami/isteri dan juga ayah/ibu yang baik kepada anak-anak mereka.

Inilah sistem yang kita kenali sebagai Baitul Muslim(BM) ataupun rumahtangga Islam.
baitul-muslim
Saya yakin hampir semua orang yang terlibat dengan dakwah dan juga yang terdedah kepada institusi usrah maklum mengenai kewujudan istilah ini, dan mungkin juga wujud unit yang bertanggungjawab untuk perkara ini di dalam institusi usrah mereka.

Bagi yang belum familiar ataupun kepada yang berminat dengan sistem ini, secara mudahnya melalui sistem ini, suatu proses menuju pembinaan rumahtangga itu adalah dalam keadaan penuh terhormat dan terjaga kedua-dua.

Si lelaki ataupun perempuan(tidak salah perigi cari timba!) akan merisik kepada calon melalui orang tengah, di mana orang tengah akan menyampaikan kepada calon tersebut samada mahu menerima lamaran tersebut ataupun tidak. Calon diberikan masa untuk memikirkan hal tersebut, sambil dinasihatkan agar melakukan solat istikharah untuk mendapat petunjuk sebagai panduan kepada keputusannya nanti.

Apabila peringkat itu sudah dilepasi, maka kedua-dua calon tersebut akan dijaga dan dikawal perhubungan mereka. Pada masa sudah diikat melalui BM ini, kedua-dua calon akan berbincang mengenai perjalanan menuju pembinaan rumahtangga mereka. Masing-masing membincangkan expectations daripada kedua belah pihak keluarga, agar nanti apabila sudah masuk meminang di depan bakal menantu, maka si calon lelaki akan berjaya melepasi screening test oleh calon mertua. Orang kata, lelaki tersebut dah memenuhi criteria. Maka selepas itu nanti barulah berlaku babak-babak berbalas pantun antara kedua belah pihak keluarga. AlhamduliLLAH….

BM tidak terhenti di situ. BM bukan sekadar unit memilih pasangan, tetapi BM juga merupakan suatu badan yang boleh diistilahkan sebagai unit perancangan dan pembangunan keluarga.

BM juga merupakan suatu pendekatan ke arah membentuk aulad (anak-anak) yang baik, yang apabila sudah dibentuk dengan acuan yang betul sesuai dengan kehendak Islam, maka jadilah mereka sebagai agen pembawa, pejuang dan pengembang agama seperti ibu bapa mereka.

Secara mudahnya, BM ini adalah suatu proses berterusan yang akan sentiasa bergerak seiring dengan latihan membangun kendiri ahli dakwah, yang bergerak menghala objektif yang mewujudkan masyarakat Muslim (Mujtama’ Muslim) kemudian Negara Islam (Daulah Islamiyyah) seterusnya Pemerintahan Khilafah Islam (Khilafah Islam) dan ke peringkat terakhir Islam akan menjadi penjaga sejagat alam (Ustaziatul ‘Alam).

Ianya (BM) merupakan suatu proses pembentukan pejuang Islam menurut acuan syara’ yang diikuti oleh nucleus keluarga yang didiaminya, dan bukan sekadar pembinaan rumahtangga hasil cinta harga murahan.
sarung cincin
BM pada hakikatnya adalah CINTA di dalam cinta! A LOVE within the love itself!

Perasaan cinta dan kasih sayang yang di dalamnya tersemat suatu CINTA yang lebih besar lagi – CINTA kepada ALLAH SWT – dengan cara kita akur mengendalikan perasaan cinta sesama manusia dengan tunduk kepada batasan ketetapanNya!

Maka tidak hairanlah natijahnya ialah menghasilkan sebuah atmosphere yang disebut di dalam Al-Qur’an sebagai al-Sakinah, al-Mawaddah wa Rahmah – pendek kata rasa kasih, belas kasihan dan kebahagiaan. Ianya bakal mewujudkan sebuah keluarga yang insyaALLAH akan bahagia, kata orang sehingga ke akhir hayat, membawa ke syurga!

Ia adalah manifestasi IMAN di dalam CINTA dan KASIH SAYANG!

Berbicara soal kebahagiaan, ia tidak tertakluk kepada berapa banyak sang suami menompokkan harta untuk keluarga, berapa besar rumah untuk keluarganya dan semewah mana makanan dan perbelanjaan seharian. Apa yang membuahkan kebahagiaan yang sejati ialah apabila Iman itu yang sanggup dituruti untuk mengecapi kebahagiaan itu sendiri. Itulah hakikat kebahagiaan! Si suami dan isteri menjalankan perukunan rumahtangga dalam keadaan kedua-duanya taat kepada ALLAH SWT. Kedua-duanya sejalan dalam melaksanakan perintah ALLAH SWT lantas membuahkan rasa kasih dan sayang terhadap pasangan masing-masing.

Amat berbeza natijah antara cinta yang terkawal oleh prinsip syara’ dengan cinta murahan pasar malam di tepi jalanan.

Kita boleh lihat bahawa di dalam sirah sendiri, di mana Nabi SAW menikahi Saidatina Khadijah Binti Khuwailid melalui lamaran menggunakan orang perantaraan. Hasilnya, kita lihat Khadijah di dalam hayatnya sebagai isteri Nabi SAW sanggup berkorban harta dan juga jiwa sebagai seorang isteri untuk melihat kejayaan agama yang dibawa oleh suaminya. Lantaran pengorbanan inilah terhasil kasih sayang yang amat mendalam antara keduanya, sehinggakan di kalangan isteri-isteri Nabi Saidatina Khadijahlah merupakan isteri yang paling disayangi Nabi SAW.

Begitu juga dengan keadaan keluarga orang zaman-zaman dulu yang rata-ratanya diatur oleh keluarga. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, kita lihat beranak-pinak ramai sehingga ke akhirnya juga perkahwinan mereka. Tiada syarat kereta Mercedes dan gaji besar sebagai syarat mendapat bahagia. Apa yang penting ialah Islam dilaksanakan di dalam institusi keluarganya. Itu sudah dikira memadai, kerana rasa tawakkal dan bersederhana dengan apa yang ada sudah cukup menjadi pencukup hidup keluarga.

Berlainan situasi dunia zaman sekarang di mana percintaan itu seolah-olah mudah dipungut di tepi jalan, si jantan mudah membawa si betina ke mana-mana sahaja tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Murah! Terlalu murah!

Penilaian untuk hidup bahagia juga tidak lagi diukur dengan pembaris lurus 30 cm yang bergelar taqwa, tetapi diukur dengan pembaris patah yang sumbing, bergerigi dan mudah bengkok seperti melihat kepada paras rupa dan harta.

Bagaimana pula boleh terfikir untuk mendapatkan kenikmatan dan kebahagiaan setelah berumahtangga nanti jikalau madu dicuri dari taman tanpa membayar maharnya, malah madu yang dicuri dari taman larangan pula itu!

Natijahnya berlakulah perceraian walhal belum sampai beberapa penggal fasa-fasa berumahtangga yang mereka lalui – tanda tiada lagi kemanisan dirasai kerana semuanya telah dikecapi lebih awal dari yang sepatutnya. Maka hilanglah cinta, hilanglah bahagia, hilanglah segala-galanya!

Entri ini tidaklah bermaksud untuk menolak bahawa pentingnya dalam mencari sebahagian daripada perbendaharaan duniawi untuk meneruskan kehidupan, seperti mengisi perut memenuhi keperluan manusia dengan makanan, tempat tinggal dan berkenderaan untuk memudahkan sedikit perjalanan kehidupan, lebih-lebih lagi bagi yang meletakkan dirinya di dalam perjuangan.

Setelah melihat dua perbezaan suasana yang agak kontradiktif tersebut, saya yakin anda boleh menilai jalan cinta yang mana adalah lebih baik untuk dilalui.
332148497_17e2e1b050
Pilihlah untuk bercinta melalui CINTA. Walaupun jalannya agak berliku-liku dan banyak tol yang perlu dilalui, akan tetapi hasilnya nanti adalah kepuasan yang abadi.

Memilih BM tidaklah bermaksud kita tidak boleh memilih pasangan yang ingin kita nikahi. Ianya tidak bermaksud si fulan tidak boleh menikahi si fulanah yang sudah lama diminatinya. Itu tidak menjadi masalah. Si fulan pilihlah sesiapa yang disukainya, tetapi dengan syarat perhubungannya dengan si fulanah itu terkawal adanya.

Saya pernah berbincang dengan seorang ustaz mengenai persepsi mertua nanti apabila kita ini tidaklah sekaya mana dan tidaklah berjawatan tinggi mana, takut-takut mertua membandingkan dengan menantu lain yang lebih daripada kita dari segi hartanya.
Jawapan ustaz saya itu cukup mudah dan menenangkan hati – “Itulah yang perlu kita lalui dalam berjuang ni. Tapi kita buktikan kita boleh didik anak kita dengan baik – kecik-kecik lagi dah boleh baca Qur’an, kalau dia menyanyi lagu-lagu nasyid sahaja yang keluar dari mulutnya, last sekali nanti orang akan akur juga bahawa itulah dia cara yang terbaik sebenarnya di dalam rumahtangga. Kemampuan mendidik anak menjadi orang yang baik itu yang orang nakkan sebenarnya. Kerana fitrah orang itu dia akan mahu kembali kepada Islam”.

Sungguh indah dan menenangkan jawapan ustaz tersebut.

Jadi, setelah berceloteh panjang sedikit mengenai perkara ini, saya harap bagi mereka yang mencari cinta di luar sana (termasuk diri yang belum berkahwin ini) agar memilih jalan yang betul untuk menyalurkan fitrah manusiawi tersebut.

Kebahagiaan bukan boleh dibeli dan tidak juga dapat dipaksakan. Kebahagiaan dalam rumahtangga adalah tanda keberkatan hasil ketaatan kepada Yang Maha Menciptakan.

Maka, pilihlah untuk berumahtangga dengan acuan Islam!

Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,
9.41 am,
31 Mac 2009, Selasa,
Bintulu, Sarawak.

3 Responses to “Baitul Muslim: CINTA Di Dalam Cinta! A LOVE Within The Love Itself!”

  1. mak usu said

    salam’alaikum..mak usu jg seorg pembaca setia laman faiz..tahniah ! keep up the good work! seiring dgn peredaran zmn, manusia ada yg berubah menjd > baik, < baik atau statik. masih ramai lg calon2 mertua di luar sana yg menghrp menantu soleh/solehah..sama2lah kita berjihad, mengikut daya intelek & kemampuan diri..

    • layarkehidupan said

      Waalaikummussalam wbt…terima kasih byk2 mak usu atas kunjungan. x sgka.ada rupanya pembaca yg berada di perigkt umur selain remaja (agaknya mak usu ni di peringkt umur yg mn yer???)…hmmm…mmg antara tujuan/niat sy wujudkn laman ni antaranya adalh dgn harapan dapat mmbuatkn shbt2 dlm linkungan umur remaja/belia kembali menyedari/berfikir ttg reality kehidupan yg sebenarnya & peranan dan tggjwb yg septtnya dimainkan oleh kita. Di smping dpt sedikit sbyk mengetahui bahawa hakikatnya Islam itu tidak bersifat mengongkong malahan Islam sememangnya meraikan ‘fitrah’ seorang manusia itu sndiri – cinta -. Yg paling pnting, di sana sbnrnya Islam telah pun mengjar kita bagaimana cara untuk kita menyalurkan fitrah ini mengikut apa yg telah ditetpk oleh Allah swt. Ini kerana Islam itu adalah – Ad-Din – Millah – Way Of Life – Cara Hidup – yang bersifat syumul (menyeluruh/lengkap) meliputi seluruh aspek kehidupan..

      “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” [5 : 3]

      sy sgt mengalu2kn & mghrgai kehadirn mak usu di laman ini. Terima kasih byk2 ats sokongan….!

  2. Salam’alaik ya akhil kareem,

    Sekadar perkongsian…mungkin nta juga berminat utk membaca tulisan susulan ana berkenaan BM ini…sila lawat- http://ghulamassarawaki.blogspot.com/2009/07/baitul-muslim-di-persimpangan-yang-satu.html

    semoga ada mnfaatnya utk kita semua insyaALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: