Kehidupan Suatu Pelayaran

“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan. Telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

Kesucian Diri Bakal Suami Isteri Menjamin Keberkatan

Posted by layarkehidupan on February 13, 2010

ِبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Kesucian adalah asas bagi segala kebaikan. Sementara kekotoran membawa kepada kerosakan.Kita ingin membawa pembaca budiman mengenal fitrah diri….kesucian yang menjadi asas perjalanan ke arah hidup yang selamat dan bahagia. Benih yang baik yang ditanam ditanah yang bersih akan menghasilkan pohon yang subur, kuat dan memberi hasil yang lumayan serta menaungi si penanamnya.

Apa yang kita maksudkan dengan kesucian adalah mereka yang berpegang teguh dengan agama, yang menjaga kehormatan dirinya. Mereka yang sentiasa bertaubat dan tetap mengerjakan segala perintah Allah Ta’ala dan menjauhi larangannya. Mereka2 yang bakal mendirikan rumahtangga wajib memberi perhatian kepada yang bakal menjadi pasangan hidupnya. (Ibubapa yang mencari pasangan untuk anak2 mereka wajib memberi tumpuan pemilihan berdasarkan agama melebihi asas2 yang lain):

Firman Allah Ta’ala:

“Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

( An-Noor: 26)

Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam:

“Perempuan dikahwini kerana empat sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati.” (Bukhari dan Muslim).

Firman Allah Ta’ala dan Hadis diatas memberi panduan bagi seseorang memilih pasangannya. Wanita2 yang suci bersih adalah lebih baik dari wanita jahat, yang suka berfoya2, bergaul bebas walaupun rupa parasnya cantik. Demkian juga lelaki yang baik tetapi sederhana adalah jauh lebih baik daipada lelaki yang kacak tetapi jahat atau buruk akhlaknya.

Tegas lagi kita dilarang memilih pasangan berdasarkan kemuliaan, harta kekayaan atau keturunan.

Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam: bersabda:

“Sesiapa yang mengahwini seorang perempuan kerana kemuliaannya, Allah akan menambahkan kepadanya penghinaan, sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kesusahan dan kefakiran. Sesiapa yang mengahwininya kerana keturunan, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kerendahan (kejatuhan). Dan sesiapa yang mengahwini perempuan itu bagi menghadkan pandangannya dan bagi melindungi diri daripada perbuatan maksiat atau kerana silaturrahim (eratkan hubungan persaudaraan) , nescaya Allah akan memberkati dirinya dan akan memberkati isterinya.” (riwayat Tabrani).

Setelah memilih pasangan, mereka-mereka yang bakal mendirikan rumahtangga (yang telah diikat dengan pertunangan) wajib memelihara diri daripada perkara2 terlarang. Kerana perbuatan2 ini akan memberi kesan kepada istana bahagia yang bakal didrikan. Samada yang dimaksdukan ini membawa kepada pengertian kebahagian diri atau zuriat yang akan dilahirkan.

Mereka wajib menjaga batas2 yang telah ditentukan agama.

1. Menjaga batas aurat.

2. Menjaga batas pergaulan. Hendaklah seorang muhrim perempuan hadir ketika berlaku pertemuan.

3. Semua jenis surat menyurat, email, sms dan sebagainya hendaklah dalam batas yang tidak mengandungi ucapan2 yang menghairahkan atau ucapan yang boleh merangsang nafsu kerana mereka belum ada ikatan yang sah sebagai suami isteri.

Malangnya di zaman ini pasangan bertunang seperti sudah berkahwin ; boleh bawa berjalan2, bersiar2, berpegangan tangan yang semuanya haram dan boleh membawa kepada dosa dan mengotorkan jiwa. Jiwa yang kotor inilah yang akan memberi kesan buruk kepada kebahagian rumahtangga dan bakal zuriat yang akan dilahirkan.

Jadi hati2lah mereka2 yang bakal dirikan rumahtangga! Patuhilah perintah Allah dan wasiat RasulNya. Disana ada hikmah dan rahsia tersembunyi bagi mereka yang mahu mendapat kebahagiaan!

Ada yang bertanya: Bagaimana dengan mereka ang sudah mendirikan rumahtangga dan pernah terlanjur melakukan perkara2 yang ditegah sewaktu bertunang. Apa kah jalan keluar bagi mereka ini? Adakah masih ada jalan kebahgiaan???

Ibubapa adalah punca utama kehancuran kebahagiaan anak-anak mereka yang bakal mendirikan rumahtangga. Mereka membiarkan anak mereka yang telah bertunang dibawa berjalan dan berbuat sesuka hati oleh lelaki yang belum sah menjadi suaminya! Alasan mereka mudah….supaya mereka berkenalan rapat dan tiada masalah selepas berkahwin. Dan sebahagian lagi yang mempunyai kedudukan beri alasan kononnya inilah zaman moden….jadi kita mesti ikut arus perdana moden. Kalau tak ikut kita akan dikatakan kolot !!! NauzuBillah! Betapa jahilnya mereka ini tentang agama!

Lelaki dan wanita yang bertunang…..yang tidak mematuhi batasan agama juga patut dipersalahkan kerana telah jatuh taklif hukum atas mereka. Tiada alasan tak tahu atau tidak sedar!

Kedua-dua mereka (ibubapa dan pihak yang bertunang) menanggung dosa sebelum melangsungkan perkahwinan lagi kerana Allah Ta’ala dengan keras memberi amaran :

Firman Allah Ta’ala:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

(Al-Isra, :32)

Maksud daripada amaran Allah Ta’ala “jangan hampiri zina” ini adalah ditujukan kepada segala perkara yang mendorong kepada perlakuan zina. Seperti berdua-duan, bercakap-cakap atau berhubungan dengan cara-cara yang boleh menaikkan nafsu kejahatan, berpegangan tangan atau apa saja perkataan, perbuatan, isyarat yang boleh mencetuskan perasaan kepada perbuatan zina adalah termasuk didalam amaran ini.

Dengan perkataan yang tegas, ibubapa dan bakal suami isteri terang2an melanggar perintah Allah Ta’ala ini. Apa lagi dosa yang lebih besar daripada perbuatan terang2an melanggar amaran Allah Ta’ala. Mereka telah mengotorkan diri mereka, hati mereka, ruh mereka dengan dosa dari tangan2 mereka sendiri.

Firman Allah Ta’ala:

“Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar.”

( At-Talaq :9)

Mereka yang bakal mendirikan rumahtangga dan telah tersilap langkah,….. belum terlambat lagi. Masih ada ruang memperbaiki diri….kembali kepada Allah dan betaubat sungguh2 padaNya.

Agar Mahligai yang bakal didirkan penuh kebahagiaan. Mudah-mudahan pertemuan pertama adalah pertemuan yang penuh keindahan. Mudah-mudahan sentuhan yang pertama adalah sentuhan suci. Sentuhan penuh keni’matan dari Kasih Ialhi. Sentuhan suci yang menjadi pembuka tirai kelapangan, kedamaian dan ketenangan.

Jika ada yang bertanya adakah jaminan kebahagiaan jika telah memenuhi syarat pertama ini. Kita menjawab tiada yang berhak memberi jaminan atas kebahagiaan atau apa jua asbab musabab kehidupan melainkan Allah dan RasulNya. Kita di tuntut mematuhi perintah Allah Ta’ala dan RasulNya dan bersangka baik dengan Allah bahawa Dia akan mengurniakannya kehidupan yang terbaik.

Firman Allah Ta’ala:

“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

(Ar-Ra’d : 29)

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

( Al-Ahqaf :13)”

Allah dan RasulNya memberi jaminan kekayaan, keberkatan dan kebahagiaan kepada pasangan yang mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada penilaian agama dan ketaqwaan:

Firman Allah Ta’ala:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (RahmatNya dan limpah KurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

( An-Noor : 32)

Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam: bersabda:

“Sesiapa yang mengahwini seorang perempuan kerana kemuliaannya, Allah akan menambahkan kepadanya penghinaan, sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kesusahan dan kefakiran. Sesiapa yang mengahwininya kerana keturunan, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kerendahan (kejatuhan). Dan sesiapa yang mengahwini perempuan itu bagi menghadkan pandangannya dan bagi melindungi diri daripada perbuatan maksiat atau kerana silaturrahim (eratkan hubungan persaudaraan) , nescaya Allah akan memberkati dirinya dan akan memberkati isterinya.” (riwayat Tabrani).

5 Responses to “Kesucian Diri Bakal Suami Isteri Menjamin Keberkatan”

  1. salam alaik ..
    subhaAllah pengisian entry yg mntap..
    mmbuka mata agar meneliti dgn lbh dlm prkahwinan bkn prkara remeh..

    syukran ats entry yg baik..
    truskan prjuangan..insyaAllah

  2. pelajarutp said

    faiz dah nak nikah lepas intern ke??

    bagus2 menjadi inspirasi kepada sahabat2….hehe

  3. Mantra said

    Assalamualaikum,

    Memang mantap pengisian blog ni.
    Banyak betul ilmu yang abang faiz kita ni kongsikan yek..

    Anyway perkahwinan memang sesuatu yang baik
    dan suci. Kalau dah mampu, cepat-cepat lah tunaikan
    hajat tu ye.

    Abang Faiz kita ni bila lagi ye🙂

  4. amani said

    salam.faiz,mntk izin nk guna link ni utk tujuan dakwah yep?moga sama2 dapat rahmat.syukran~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: