Kehidupan Suatu Pelayaran

“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan. Telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

Archive for the ‘Aqidah’ Category

Mabuk Dalam Cinta Terhadap ALLAH

Posted by layarkehidupan on May 2, 2010

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”
Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Read the rest of this entry »

Posted in Aqidah, Kehidupan, Motivasi, Syariah/Feqah, Tasawwuf/Akhlak | Leave a Comment »

Islam Dan Jahiliyyah (Siri 1)

Posted by layarkehidupan on February 4, 2010

PERHUBUNGAN ANTARA PENDIRIAN DAN TINDAK-LAKU


Manusia menghadapi berbagai permasalahan dalam kehidupannya, tetapi ia tidak dapat menguasai permasalahan-permasalahan tersebut dengan baik kecuali setelah ia membuat suatu pendirian terhadap tabiat atau keadaan sebenar permasalahan itu dan hubungannya dengan permasalahan itu. Sama ada benar atau salah, suatu pendirian mesti dibuat terhadap semua permasalahan. Selagi pendirian ini belum dibuat, tidak ada seorang manusia pun boleh membuat keputusan tentang tindak laku yang ia patut ambil terhadap sesuatu permasalahan. Ini adalah suatu pengalaman yang menjadi sebahagian dari kehidupan seharian anda.

Apabila anda bertemu dengan seseorang, anda perlu mengetahui: Siapakah dia? Apakah kedudukan dan statusnya dalam kehidupan? Apakah ciri-ciri peribadinya? Apakah bentuk perhubungan yang wujud di antara dia dan anda? Read the rest of this entry »

Posted in Aqidah, Ideologi, Ilmu Islam | Leave a Comment »

Pentingnya Mengenal Allah

Posted by layarkehidupan on February 4, 2010

Read the rest of this entry »

Posted in Aqidah, Da'wah | Leave a Comment »

Nasionalisme Dan Bahayanya

Posted by layarkehidupan on December 14, 2009


Muqaddimah

Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih.
Read the rest of this entry »

Posted in Aqidah | 1 Comment »