Kehidupan Suatu Pelayaran

“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan. Telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

Archive for the ‘Da'wah’ Category

Pesan Terakhir : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna (Siri 1)

Posted by layarkehidupan on April 18, 2010

Wahai MUJAHID DAKWAH!
Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan
pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang
lam.
Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti.
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang
ringan, membawa batubata untuk membangun gedung Ummat ini.
Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan.
Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi.
Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau
ditingga]kannya di daerah kesepian.
Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau.
Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu.
Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu.
Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-mengumtum.
Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya.
Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah tolan
penolong engkau di medan bakti?

Madrasah Tarbiyyah Hasan Al-Banna, oleh Yusuf Al-Qardhawiy

Advertisements

Posted in Da'wah, Fikrah & Harakah, Ilmu Islam, Motivasi | Leave a Comment »

Rasulullah S.A.W Dan Pengemis Yahudi Buta

Posted by layarkehidupan on April 5, 2010

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Read the rest of this entry »

Posted in Da'wah, Motivasi, Sirah Nabawiyyah | Leave a Comment »

Kesucian Diri Bakal Suami Isteri Menjamin Keberkatan

Posted by layarkehidupan on February 13, 2010

ِبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Kesucian adalah asas bagi segala kebaikan. Sementara kekotoran membawa kepada kerosakan.Kita ingin membawa pembaca budiman mengenal fitrah diri….kesucian yang menjadi asas perjalanan ke arah hidup yang selamat dan bahagia. Benih yang baik yang ditanam ditanah yang bersih akan menghasilkan pohon yang subur, kuat dan memberi hasil yang lumayan serta menaungi si penanamnya.

Apa yang kita maksudkan dengan kesucian adalah mereka yang berpegang teguh dengan agama, yang menjaga kehormatan dirinya. Mereka yang sentiasa bertaubat dan tetap mengerjakan segala perintah Allah Ta’ala dan menjauhi larangannya. Mereka2 yang bakal mendirikan rumahtangga wajib memberi perhatian kepada yang bakal menjadi pasangan hidupnya. (Ibubapa yang mencari pasangan untuk anak2 mereka wajib memberi tumpuan pemilihan berdasarkan agama melebihi asas2 yang lain):
Read the rest of this entry »

Posted in Baitul Muslim, Da'wah, Kehidupan | 5 Comments »

Pentingnya Mengenal Allah

Posted by layarkehidupan on February 4, 2010

Read the rest of this entry »

Posted in Aqidah, Da'wah | Leave a Comment »

Seminar Dinamika Dakwah Mahasiswa

Posted by layarkehidupan on January 17, 2010

Seminar Dinamika Dakwah Mahasiswa
Tarikh : 23 Januari 2010 | Sabtu
Masa : 8.00 pagi-5.30 petang
Tempat : Undercroft, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak
Bayaran : RM 15.00

Tentatif Seminar
8.00 pagi Pendaftaran
8.30 pagi Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis dan Taklimat Seminar
9.00 pagi Kertas Kerja 1 [Tajuk: Kepentingan Perbandingan Agama]
10.30 pagi Minum Pagi
11.00 pagi Kertas Kerja 2 [Tajuk: Sejarah Perkembangan Agama Kristian]
12.00 tgh hari Kertas Kerja 3 [Tajuk: Salahtanggapan Terhadap Agama Islam]
1.30 petang Solat Zohor & Makan Tengah Hari
2.30 petang Kertas Kerja 4 [Tajuk: Asas Kepercayaan Agama Kristian]
4.00 petang Bengkel Soal jawab
5.00 petang Ucapan Perasmian Penutupan Seminar
5.30 petang Solat Asar, Minum Petang dan Bersurai
Read the rest of this entry »

Posted in Da'wah | Leave a Comment »