Kehidupan Suatu Pelayaran

“Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan. Telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

Archive for the ‘Kehidupan’ Category

Mabuk Dalam Cinta Terhadap ALLAH

Posted by layarkehidupan on May 2, 2010

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”
Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Read the rest of this entry »

Posted in Aqidah, Kehidupan, Motivasi, Syariah/Feqah, Tasawwuf/Akhlak | Leave a Comment »

Kesucian Diri Bakal Suami Isteri Menjamin Keberkatan

Posted by layarkehidupan on February 13, 2010

ِبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Kesucian adalah asas bagi segala kebaikan. Sementara kekotoran membawa kepada kerosakan.Kita ingin membawa pembaca budiman mengenal fitrah diri….kesucian yang menjadi asas perjalanan ke arah hidup yang selamat dan bahagia. Benih yang baik yang ditanam ditanah yang bersih akan menghasilkan pohon yang subur, kuat dan memberi hasil yang lumayan serta menaungi si penanamnya.

Apa yang kita maksudkan dengan kesucian adalah mereka yang berpegang teguh dengan agama, yang menjaga kehormatan dirinya. Mereka yang sentiasa bertaubat dan tetap mengerjakan segala perintah Allah Ta’ala dan menjauhi larangannya. Mereka2 yang bakal mendirikan rumahtangga wajib memberi perhatian kepada yang bakal menjadi pasangan hidupnya. (Ibubapa yang mencari pasangan untuk anak2 mereka wajib memberi tumpuan pemilihan berdasarkan agama melebihi asas2 yang lain):
Read the rest of this entry »

Posted in Baitul Muslim, Da'wah, Kehidupan | 5 Comments »

Hakikat Syukur

Posted by layarkehidupan on January 17, 2010

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan telliti, kita akan dapati manuisa ini sedikit pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia diminta bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Kalau kedua-dua perkara ini manusia tidak mahu lakukan, ALLAH SWT ada berfirman di dalam Hadis Qudsi yang maksudnya:

” Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit ALLAH ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai 2 sifat atau 2 bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur dalam menerima nikmat.Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan. Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas nampak lebih senang dan mudah kerana hati manuisa berada dalam keadaan tenang dan gembira: tidak ada tekanan dan penderitaan.
Read the rest of this entry »

Posted in Kehidupan, Motivasi, Tasawwuf/Akhlak | Leave a Comment »

Orang Kata, Atuk Kata, Aku Rasa…

Posted by layarkehidupan on January 2, 2010

ORANG KATA.. enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA.. betul jugak tu..
Read the rest of this entry »

Posted in Kehidupan | 1 Comment »

INGATKAH KITA PADA ZAT YANG MENCIPTA KITA?

Posted by layarkehidupan on July 8, 2009

Assalamualaikum W.B.T… Insyaallah, buat sahabat2 pembaca, untuk posting kali ini saya bawakan suatu cerita yang terselit seribu satu pengajaran & pedoman yang boleh kita sama-sama ambil dalam kita menjalani hidup yang sementara ini. Mudah-mudahan ianya ianya memberi manfaat kepada semua. Selamat membaca.

————————————————————————————————

potong-rambut-potong
Seorang laki-laki bernama Manan datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

Tukang Gunting: “Encik, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi.”

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, “Mengapa anda berkata demikian?”

“Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar?.Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi…” ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, “Tukang gunting itu sebenarnya tidak adakan sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!…”
Read the rest of this entry »

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

Kisah Seorang Penjual Kuih

Posted by layarkehidupan on May 22, 2009

Assalammualaikum,

Untuk posting saya kali yang pertama, Insyaallah saya bawakan suatu kisah berkaitan dengan kehidupan. Cerita ini saya perolehi daripada sahabat saya, moga-moga ia menjadi pengajaran buat semua. Renungkan sejenak…

Hari itu saya nak ke K.Lumpur, ada hal sikit. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki – berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

‘Abg nak beli kuih?’ Katanya sambil tersenyum. Read the rest of this entry »

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »